Clock


Flash Clocks, Fun Clocks at WishAFriend.com

Tuesday, June 8, 2010

~~Doa~~


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Ya Allah,
sebagai mana
Engkau pernah menghantar burung² ababil
untok menghancurkan tentera bergajah
musrikin.
maka kami memohon padamu Ya Allah,
turunknlah bantuan mu kali
ini kepada orang² Islam di Palestin,
hancurkanlah rejim zionis sedahsyat
dahsyatnya
..Amin Ya Robal Alamin

Wednesday, March 17, 2010

Pesona Diri Anda....


Anda cemburu melihat kawan anda dikelilingi lelaki sedangkan anda hanya terkebil-kebil keseorangan. Dia ada aura..daya penarik. Tapi itu yg difikirkan anda sedangkan anda sendiri boleh membina daya penarik itu pada diri anda.

Di sini ada tips-tips yg boleh anda ikuti untuk membina pesona diri anda dikalangan lelaki

1. Lelaki suka kepada wanita yang yakin pada dirinya.Jadi jika anda yakin pada diri anda, suka pada diri anda dan dapat menerima diri anda sendiri seadanya, maka lelaki juga akan mudah menyukai diri anda. Walaupun anda berparas rupa sederhana, keyakinan anda akan menyerlahkan suatu pesona yg luar biasa.. Lelaki tidak suka akan perempuan yg asyik merungut tentang hidungnya yang tidak mancung atau tubuhnya yg rendah kerana sememangnya kejadian Tuhan tidak boleh dipinda. Bersyukurlah!

2. Belajar untuk berdikari. Sesetengah lelaki menganggap wanita yg pandai berdikari mempunyai pesona yg tersendiri. Lelaki tidak suka wanita yang asyik bergantung pada orang dan sentiasa mengharapkan pertolongan lelaki. Tetapi ada juga sesetengah lelaki yg amat suka wanita yg manja dan sentiasa memerlukannya. Dia akan berasa dirinya hebat apabila dapat memberi pertolongan kepada wanita. Jadi, sesuaikan diri anda mengikut keadaan. Kalau nak tukar tayar kereta, apa salahnya meminta tolong pada kawan lelaki. Lagipun mana ada wanita yang ’superwoman’?

3. Jangan berpura-pura bodoh untuk memikat hati lelaki. Untuk apa? Adakah anda suka memikat lelaki yg bodoh pula? Jadilah diri anda sendiri..tapi janganlah pula berlagak pandai dalam segala hal kerana ia hanya menjengkelkan. Oleh itu, gunakan kebijaksanaan anda dengan bijaksana juga!

4. Jaga penampilan diri anda dengan memakai pakaian yg anda selesa memakainya. Jangan terikut-ikut dengan perkembangan fesyen utk nampak cantik kerana tidak semua fesyen sesuai untuk anda. Anda mungkin menjadi mangsa fesyen dan nampak hodoh! Terus merudum pesona anda!

5. Jangan terlalu rendah diri jika anda tidak cantik seperti artis atau model. Lagipun, anda sendiri tidak mengharapkan lelaki yg bakal menjadi pasangan anda utk kacak seperti Brad Pitt. Jadi, pastikan anda sentiasa selesa dengan diri anda. Wanita yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya pasti hanya akan memancarkan aura negatif di persekitarannya. Cara utk mengatasi perasaan rendah diri ini, cuba imaginasikan diri anda seorang puteri dan berjalan, berdiri, makan dan melakukan sesuatu seperti seorg puteri yg hebat. Ambil contoh Paris Hilton. Tak semua lelaki akan menganggap dia mempesonakan jika dia berfikiran negatif terhadap dirinya dan asyik terperuk dalam sangkar emasnya. Tetapi kerana dia yakin dirinya seperti seorang ‘princess’ dan ‘act like a princess’ dia menyerlahkan pesona dirinya yang begitu hebat!

6. Sekiranya anda ke majlis keramaian, cuba untuk masuk ke dalam kumpulan kawan-kawan lelaki anda dan berbual-bual. Lelaki lain akan berasa hairan mengapa ada seorg wanita yang nampak mesra di dalam kelompok lelaki. Tentu ada sesuatu yang menarik pada diri anda dan membuat lelaki itu pula tertarik untuk mendekati anda.

7.. Beri perhatian kepada penampilan lelaki yang cuba anda dekati. Sekiranya dia membuat potongan rambut baru yg nampak menawan atau memakai tali leher yg cantik, pujilah dgn ikhlas. Lelaki selalu berusaha utk nampak menarik tetapi jarang mendapat pujian. Jadi pujian anda tentu membuat dia rasa bangga dan gembira.

8. Jangan sesekali minum alkohol. Perbuatan ini sudahlah haram disisi agama malah akan memabukkan anda. Sekiranya anda mabuk, sudah tentu anda akan bercakap merepek-repek dan membuat anda kelihatan amat murah dan meloyakan..

9. Pupuklah sikap menghargai. Ucapkan terima kasih pada perkara-perkara yg kecil sekalipun. Senyumlah di kala anda meluahkannya. Ia membawa makna yang besar.

10. Tanya lelaki tentang pekerjaannya dan hobinya. Dengar dengan teliti apa yang dikata dan ramahlah bertanya soalan tentang perkara-perkara yang diminatinya. Tentu lelaki itu seronok berbual-bual dengan anda. Anda pun secara tidak langsung mendapat pengetahuan baru tentang dunia lelaki! Mana tahu dia mengajak anda menyertai team futsalnya dan ini memberi peluang kepada anda utk lebih mengenalinya!

11. Relaks dan selesakanlah diri anda apabila bergaul dengan ramai orang. Semakin anda selesa dengan diri anda, semakin selesa orang yang berada disekeliling anda terhadap diri anda. Anda hanya akan kelihatan kelam-kabut sekiranya anda gemuruh.

12. Sekiranya anda berusaha menarik perhatian seseorg lelaki, pastikan anda berdua memang sesuai dan sepadan di antara satu sama lain. Membuang masa sekiranya anda membuat seorang lelaki itu ‘perasan’ atau jatuh hati pada anda tetapi kemudian anda menyesal gila asyik dikejarnya!! Ingat, pesona anda bukan bertujuan utk mempermain-mainkan hati lelaki dan juga bukan utk digunakan utk test market!

13. Semasa berbual-bual dengan lelaki, jangan mengumpat atau bercakap buruk tentang wanita lain kerana lelaki hanya akan menganggap anda cuba membuat dia berfikiran negatif terhadap wanita lain. Ini akan memburukkan pesona diri anda.

14. Setelah berbual-bual, berikan kata-kata ‘pesona’ kepadanya seperti “Saya suka betul berbual-bual dengan awak..rasa seronok dapat berkenalan dengan awak. Boleh tak kita saling keep in touch selepas ini?”..Tentu hati lelaki itu rasa bangga dan dalam masa yg sama ‘cair’…hehehehe

15. Jangan asyik muncung di dalam majlis. Nanti orang kata kita sombong. Senyumlah selalu dan mungkin senyuman anda membuat seorang lelaki tertawan! Senyuman adalah sedekah yg paling murah tetapi berharga! Ia mungkin pesona anda yg tersembunyi!

16. Jika anda berada bersama seorg lelaki yg anda minati, anggaplah dia sebagai seorg kawan dan pasti dapat mengurangkan debaran jantung anda apabila berada dekat dengannya.

17. Jangan sesekali meminta lelaki membeli hadiah itu dan ini kepada anda. Contohnya anda mendengar khabar dia akan Perth , Australia . Anda pun sibuk memujuk dia membeli ole-ole mahal dan suara anda yg kasar terus berubah manja. Lelaki tentu menganggap anda seorang ‘gold digger’ atau perempuan materialistik kerana anda sanggup meminta hadiah darinya walaupun anda tiada kaitan dengannya langsung. Lelaki akan lebih menghormati seorang wanita yg tidak meminta-minta. Jika dia mengambil berat tentang diri anda dan menganggap anda seorg yg istimewa, pasti dia akan ingat pada anda dan akan tergerak utk membeli sesuatu utk anda walau anda tidak memintanya. Kejutan seperti ini adalah lebih menyeronokkan. Anda dan dia sama-sama teruja!

18. Lelaki amat suka pada wanita yg berfikiran terbuka dan dapat gelak bersama-sama pada lawak jenaka mereka. Wanita yg mudah tersinggung atau terlalu serius membuat lelaki jadi rimas. Tetapi kita juga perlu ingat setakat mana kita boleh berfikiran terbuka kerana kita bukan seperti orang Barat yg dapat menerima segalanya.

19. Seorang wanita yg pandai bergurau dan memiliki ’sense of humour’ yg tinggi merupakan seorg wanita yg mempesonakan pada pandangan sesetengah lelaki. Seperti wanita, lelaki juga suka dihiburkan dengan cerita-cerita jenaka dan bila wanita dapat membuat seorg lelaki itu ketawa, itu tandanya wanita itu memang mempunyai aura pesona yg tersendiri. Selain lawak jenaka, apa salahnya jika sekali-sekala wanita pula mengusik lelaki dan membuat mereka tersipu malu..(suka tapi malu!) Kadang-kadang gurau senda dan usik-mengusik dapat menjalin hubungan yg lebih mesra.

20. Bila berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, jangan asyik bercakap tentang diri anda. Dan jangan membolot perbualan sehingga tiada ruang untuk dia mencelah. Selain itu, terlalu pendiam pula membuat lelaki itu cepat bosan atau kehabisan idea utk berbual-bual dengan anda. Oleh itu berpada-padalah dalam percakapan. Dari segi psikologi, seseorg individu memang suka bercakap-cakap tentang dirinya. Jadi, biarlah dia puas bercakap tentang dirinya dan selepas itu barulah anda bercakap tentang diri anda. Walaupun mungkin dia menceritakan A-Z tentang dirinya, janganlah anda pula beritahu segala-galanya tentang diri anda. Simpanlah sedikit supaya diri anda ada ‘aura’ dan ‘pesona’ misteri.

21. Awas! Jangan sesekali bercakap besar tentang diri anda atau menceritakan segala kenangan indah anda bersama bekas teman lelaki anda. Sejarah silam anda perlu dilipat kemas kecuali dia bertanya bersungguh-sungguh. Itupun berikan secara umum sahaja. Sesetengah lelaki memang suka mengorek atau ingin tahu siapa lelaki-lelaki yg pernah hadir dalam hidup anda. Sekiranya anda bercakap besar dan menceritakan betapa bertuahnya anda pernah bercinta dengan si A dan si B yg hebat, anda tersilap langkah!! Pesona anda bukan semakin naik tetapi semakin menjunam. Walaupun mereka ingin tahu, tiada lelaki yg suka dibanding-bandingkan dengan lelaki yg lain. Mungkin mereka berasa hebat sekiranya dapat memiliki anda yg pernah bercinta dengan orang-orang yg hebat, tetapi perasaan itu hanya sementara sahaja dan selepas itu mereka akan dihantui dengan perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap anda.

22. Jika anda terserempak dengan lelaki yang anda minati, ramahkan diri anda menegurnya walau bercakap Hai! Atau senyumlah padanya. Walaupun perkara ini nampak kecil, tetapi lama-lama si dia akan sedar akan kehadiran dan kewujudan anda dan mungkin dia pula yg akan menegur anda dahulu dan mengajak anda minum petang di ‘mapley’ berhampiran pejabat!

23. Jual mahallah sedikit..Jangan nampak seperti kita pula terlebih-lebih mahu mengenalinya. Jika anda dan dia bertukar-tukar nombor telefon, pastikan anda menunggu dia menelefon anda atau menghantar sms kepada anda terlebih dahulu. Wanita yang jinak-jinak merpati memang mempunyai daya pesona yg tinggi dan mencabar lelaki utk memilikinya. Tapi jangan terlebih jual mahal..takut nanti langsung tidak laku..hehehee!! Gunakan ‘common sense’ utk memberi respon yg sewajarnya.

24. Menghormati lelaki. Seperti wanita yg ingin dihormati, lelaki juga begitu malah lebih lagi kerana mereka memiliki ego yg tinggi. Respek amat penting bagi lelaki. Wanita yg tidak menghormatinya atau mengejek-ejek kebolehannya membuat ego mereka tercalar. Oleh itu, hormatilah pendiriannya, kerjayanya, pemikirannya dan impiannya. Dan walaupun anda berasa dia tidak mampu, sekurang-kurangnya berikan dia sokongan utk dia mencapai cita-citanya dan beritahulah padanya bahawa anda percaya akan kebolehan dia. Kata-kata semangat dari anda membuat dia bertambah hormat pada anda. Jadi anda dan dia dapat saling hormat-menghormati. Wanita yang dihormati lelaki adalah wanita yang pasti mempunyai pesona.

25. Peganglah pada janji. Semua orang suka individu yang bersikap jujur dan amanah. Jika kawan lelaki anda menceritakan rahsia peribadinya pada anda, janganlah anda menjaja ceritanya pada org lain utk mendapat tumpuan. Memanglah si penyebar gossip akan popular, tetapi mahukah anda menjadi popular seperti itu? Sekiranya bocor rahsianya sehingga satu pejabat tahu, sudah pasti dia mengesyaki anda sebagai dalangnya. Anda bukan mendapat pesona tetapi kutukan!

26. Dalam perbualan anda dengan kelompok rakan lelaki anda, janganlah asyik berkata tidak tahu apabila ditanya tentang sesuatu. Kalau tak tahu memang wajarlah kata tak tahu tetapi kalau semuanya tak tahu, mereka akan mengganggap anda wanita yg tidak bijak dan susah di bawa ke dalam majlis. Kalau mereka berhasrat ingin berkenalan dengan anda pun, terencat hasrat mereka. Pesona anda hilang! Oleh itu, cuba belajar untuk peka pada persekitaran dan isu-isu semasa supaya anda dapat menyelit dalam perbualan kawan-kawan lelaki anda dan memberikan pendapat bernas bila ditanya. Banyakkan membaca terutamanya suratkhabar! Membaca meluaskan pengetahuan. Jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, jangan pula malu utk bertanya. Malu bertanya sesat jalan pula…

27. Jika di tempat kerja anda ada majlis anjuran syarikat, apa salahnya menawarkan diri untuk membantu. Apabila anda bekerjasama dalam satu pasukan yg hebat dan kerja yg dihasilkan juga hebat, pasti anda juga akan terkena tempias pujian. Orang akan mengenali anda dan secara tidak langsung meningkatkan pesona diri anda.

28. Begitu juga jika anda ada bakat terpendam. Jangan sia-siakan kerana bakat adalah satu pesona. Anda tidak perlu menjadi penyanyi dan pelakon utk menonjolkan bakat. Jika anda pandai menyanyi, sertailah aktiviti karoeke anjuran tempat kerja anda. Kalau pandai berlakon, sertailah lakonan utk aktiviti hari keluarga anda. Jika anda ada bakat sebagai MC atau pengerusi majlis, tawarkan diri anda untuk mempengerusikan sesuatu majlis yg diadakan. Dengan cara ini, pesona diri anda akan menyerlah dan orang ramai akan lebih mengetahui akan kewujudan anda dalam sesuatu organisasi. Peluang untuk anda mengenali ramai org pun akan lebih cerah.

29. Jika berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, pastikan perbualan itu ada topik yg menarik dan tidak hambar. Utk lebih fun and funny, selitkan sedikit game dalam perbualan tersebut. Anna suka tanya soalan macam..” Describe urself in one word” dan entah kenapa trik tu selalu menjadi kerana lelaki2 yg anna tanya tu pasti berfikir panjang dan akhirnya tergelak-gelak semasa memberi jawapan. Jawapan yg diberikan mesti lucu dan ini dapat ‘break the ice’! One point extra!

30. Jika anda pernah berbual-bual dengan seorg lelaki tentang sesuatu perkara, lain kali bila bertemunya tanyalah soalan yg berkaitan dengan perkara tersebut. Contohnya, dia pernah beritahu anda akan menyertai pertandingan menembak. Jadi, tanyalah tentang kejuaraan tersebut. Jika dia menang tempat pertama ’sharp shooter’, ucapkan tahniah kepadanya. Perkara-perkara kecil sebegini dpt memberi makna yg besar.

31. Jangan hipokrit. Jujurlah dengan diri sendiri dan pada org lain. Jangan kerana anda ingin memikat seorang lelaki, anda bersetuju dengan semua kata-katanya. Jika anda benci menonton ESPN, janganlah menipunya dengan mengatakan saluran itu saluran kabel kegemaran anda. Cakap sajalah anda tidak suka menonton bola sepak tetapi tidak bermakna anda tidak mahu mengambil tahu tentangnya. Jika anda benci kucing, janganlah berpura-pura menyayangi kucing jalanan di kaki lima di depannya hanya kerana anda tahu dia amat menyukai kucing.

32. Pikat lelaki dengan masakan. Cubalah risik pada kawan2 lain apakah makanan kegemaran lelaki yg anda minati. Kemudian cubalah memasak makanan tersebut dan bawalah masakan tersebut di pejabat utk dikongsi bersama teman-teman sepejabat dan si dia. Manalah tahu anda menepati ciri-ciri wanita idaman hati!

33. Jangan sesekali merendah-rendahkan lelaki tentang ketidakmampuannya samada melalui perbuatan atau kata-kata. Contohnya jika kawan lelaki anda tidak mampu membeli kereta, janganlah asyik mengungkit-ungkit tentang ketidakmampuannya atau menyindirnya. Suatu hari nanti mungkin anda terdesak memerlukan pertolongannya dan motor dia juga yg anda tumpang!

34. Lelaki akan lebih respek pada wanita yg menjaga kesopanannya terutama dalam segi pergaulan dan penampilan diri. Wanita yang berpakaian terlalu menjolok mata hanya akan memberi tanggapan pada lelaki bahawa wanita tersebut terlalu bergantung kepada kecantikannya semata-mata utk mendapat perhatian. Jadi, berpakaianlah secara ‘modest’ tetapi ada kelas. Wanita sebegini lebih mempesonakan. Bak kata kawan2 anna pada wanita yg berpakaian sopan..”She’s a lady! Respect her like a lady!”

35. Jangan selekeh. Anda tidak perlu membeli pakaian atau alat solek yg mahal utk kelihatan menarik tetapi cukuplah sekiranya anda sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Walau sibuk mana pun anda, curi masa utk melayan diri anda seperti membasuh rambut, memotong kuku, membuang ‘misai’ jika ada, merawat muka, memakai losyen badan, merawat tumit kaki yg pecah dan sebagainya…Semua ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Begitu juga dengan pakaian. Pastikan pakaian anda sentiasa bersih dan bukan dipakai berhari-hari baru basuh. Kebersihan diri anda perlu dijaga!

36. Jika anda meminati seorg lelaki dan dia semacam tahu niat anda utk mendekatinya tetapi malangnya tidak memberi respon atau telah berterus-terang pada anda bahawa dia tidak mahu sebarang hubungan atau komitmen dengan sesiapa pun saat itu, abaikan saja dia..Tidak ada cara utk mengubah pendiriannya itu yg keras seperti batu. Tak perlulah anda mengeluarkan semua pesona diri anda untuk memikatnya. Lupakan dia..dan teruskan kehidupan seperti biasa. Lagipun, anda telah belajar pelbagai tips utk menyerlahkan pesona diri anda dan pasti di luar sana ada banyak lelaki yg lebih menghargai diri anda!!

Sunday, January 17, 2010

Karangan Budak yang mencipta sejarah


Disini saya taipkan semula (jika ada yg tk faham membaca tulisan tangan)

Ok, saya taip balik mengikut ayat asal. Mana yang ditandakan dengan tanda * (bintang) bermakna tak pasti perkataan tu. Pertama kali baca, memang tak boleh nak tahan gelak.

Nama : Thye Yong Lun
Tingkatan : *4G
Matapelajaran : Sejarah

Bahagian A
1. Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19. Pada abad tersebut masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan judi, riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka.
Setelah Agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal system tenaga nasional. Iaitu sebuah penjana kuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi kerana mereka malu adanya tiang lampu di merata-rata yang menyuluh tingkah laku mereka. ‘ In English, they are too shy to do tat stuff in the light scared people see ma. Stupid”.
Mereka akhirnya dapat belajar kerana mempunyai lampu meja dan ini menjadikan mereka bijak. Mula-mula mereka mengambil UPSR kemudian PMR, SPM dan akhirnya STPM. Banyak telah pergi ke Universiti Cahaya Langit kerana di sana terdapat lampu untuk pelajaran mereka.
Perempuan tidak lagi dipandang hina kerana setelah ada cahaya. “ Men felt shy because their body part are different”. 1 bolt 1 nat. really tiu lo. Adanya elektrik, mereka tengok filem cerita pokemon dan digimon.
Akhirnya mereka berjaya membina balik ampangan yg roboh itu dengan jentera yg berkuasa tinggi.

Bahagian B
7. Pada masa kegemilangan China dan Jepun, penduduk mereka mengamalkan kepentingan fahaman Confucius di China dan agama Shinto di Jepun.
Agama Confucius ini memang “Confusing” entah bila masa mahu makan dan entah bila mahu bertapa. Let me explain k!? Sebelum adanya ajaran Confucius, dunia di China adalah huru-hara kerana raja syaitan dunia akan dikeluarkan dan memusnahkan dunia. Dengan itu , Dewa mengarahkan *Senzo untuk mendapatkan kitab Suci Confucius. Untuk mengelakkan raja syaitan Tetapi perjalanannya susah sehingga banyak awek iblis yg cantik menggodanya. Dia terpaksa mencari pengikut untuk membantunya.*serahan Monyet, Babi, Kuda dan Hantu Air. Selepas mendapatkan kitab suci, Raja Syaitan dikalahkan. Dan semua orang memahami ajaran Confucius walaupun sangat “Confusing”. Kalau tidak Raja Syaitan akan muncul semula.
Ajaran Shinto pula datang dari Tom Cruise. Dia ini seorang askar, generallah dungu wat pangkatlah H Get liau. Dia mahu kill all the stupid Japanese because they samurai all so lazy steal stuff. Tetapi kena tangkap dan diberi fahaman Samurai. Selepas dilepaskan dia tak mau balik pula kerana ada awek cantik ma. Lepas itu dia pun feng huat chai la. His people want to kill him pun tak jadi. Ini telah tersebarnya Shinto. Secara kesimpulan, Shinto dan Confucius *dikhianatkan keran awek cantik yang terlalu menggoda.
Di sini saya bersertakan satu pantun

Berjalan-jalan di tepi muara
Hendak mencari anak dara
Kalau nak cari anak dara
Di tepi muaralah.

Berjalan-jalan di tepi muara


Berjalan-jalan di tepi muara
Hendak mencari anak dara
Kalau nak cari anak dara
Di tepi muaralah.

Tuesday, January 5, 2010

Orang Kafir Masuk Neraka..


Sila fahami seberat mana dosa seseorang itu bukan HAK hambanya yang menentukan seseorang tu masuk ke neraka. Keputusan semua adalah dari Allah Yang Maha Adil. Ingat Baik² SEBESAR DUNIA DOSA kita pada Allah, Allah memandang Dosa kita seperti seekor semut. Fikirkanlah Betapa Luas Kasih Sayang Allah S.W.T kepada Insan yang bergelar Manusia.

Janganlah kita berlagak seolah olah kita ini Raja Sekalian Alam yang boleh menentukan tempat seseorang samada syurga atau neraka. Jikalau kita yang menentukan seseorang itu masuk Neraka dan fikirlah kembali SIAPAKAH YANG MASUK NERAKA?

Adakah semua orang bukan Islam itu masuk NERAKA? Adakah Allah s.w.t itu ZALIM? Tolong jangan menentukan seseorang bukan Islam itu masuk memana yang anda suka. Sila tunjukkan pada saya Agama mana yang mengajar menganutnya berbuat Kejahatan? (kecuali ilmu hitam atau penyembahan Syaitan) INGAT BAIK². Setiap Insan yang dilahirkan kedunia adalah Islam, Ibubapa mereka yang menjadikan mereka berbeza Agama.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Tiap-tiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah." (Hadis Riwayat Bukhari).

Yang dimaksud dengan fitrah ialah tauhid, yaitu Islam.

Menurut ketetapan fiqhiyah, bahwa seorang anak apabila kedua orang tuanya berbeda agama, maka dia mengikuti orang tua yang terbaik agamanya. Ini bagi orang (anak) yang diketahui ayahnya, maka bagaimana dengan anak yang tidak ada bapaknya?

Sesungguhnya dia adalah anak muslim, tanpa diragukan lagi.

Dengan ini Saya Menyeru Pembaca semua bahawa anda tu HAMBA ... berlagak la sebagai HAMBA. Jangan Berlagak Seperti Raja (itu dah jadi dosa Syirik menduakan Allah).

Kiranya Anda Rasa Bersalah Bertaubatlah ... Sesungguhnya Taubat Orang Yang Berdosa Dalam Tangisan Lebih Mulia Dari Zikir Seorang Wali Allah. (Sufi)

Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah atas kudrat & iradat membenarkan saya menulis artikel ini.. Terima Kasih kerana mengizinkan saya ... rasanya tiada pernah saya terjumpa lagi artikel ini di mana² website ... Kiranya Anda ingin menyampaikan pada sahabat anda ... Amat Dialu alukan ... Tak perlu letak nama saya kerana bukan nama/rupa yang saya cari. Hanya Mencari Keredhaannya.

Firman Allah s.w.t:
"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka[317]: "Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun[318]." (Surah An Nisaa').

Anda Percayakan Allah? Anda Percayakan Malaikat? Anda nampak ke ? Tak nampak Tapi Yakin Dan Percaya? Anda Nampak Pahala?

Pahala tu Saham/Duit Pun Anda Tak Nampak kan? Jadi Benda Yang Anda Nampak Itu Yang Anda Pandang? Fikir² kan lah Dunia Berada Di Penghujung Nyawa.

SEBENAR-BENARNYA ORANG YAHUDI MENIRU MULTILEVEL MARKETING CARA ISLAM KITA

Dari pahala mereka tukarkan pada benda yang mereka nampak yakni DUIT ... apatah lagi Islam sekarang di KABURI mata dengan DUIT benda yang nampak

Nampak Share bawah nie kiri tu? click sana nanti kuar kotak empat segi ... kalu ada facebook ke! atau yang ada dalam services tu just share (rename sign up kepada tajuk yang anda hendak) ... kalu tak ada just click MORE OPTION (bawah kiri) masukkan email & masukkan passwd kemudian import from address book sebelum tekan send, NAWAITU penting Untuk Mendirikan Agama Allah dan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim (ambil berkat) click send.


Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Dari Saya Insan Hina
yang bodoh lagi jahil

Assalamualaikum...

Source from email.

Wednesday, December 23, 2009

Sawan Demam Panas


Jenis biasa atau kompleks kerap dialami kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun

DEMAM di kalangan kanak-kanak sememangnya masalah yang kerap dihadapi. Namun, apa yang membimbangkan, peningkatan suhu badan yang tinggi secara mendadak boleh menyebabkan sawan demam panas.

Masalah ini secara umumnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun. Bagaimanapun ia lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun.

Pensyarah Kanan dan Pakar Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata sawan demam panas berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang mendadak.

Ia boleh disebabkan oleh sebarang penyakit yang boleh menyebabkan demam seperti demam selsema, jangkitan telinga, jangkitan salur kencing, jangkitan virus dan lain-lain.

"Faktor genetik juga turut mempengaruhi. Dalam 24 peratus daripada kes sawan demam panas didapati mereka mempunyai sejarah keluarga mengidap masalah yang sama," katanya.

Dr Rizal berkata, dalam kebanyakan kes, sawan demam panas ini hanya berlaku sekali saja. Bagaimanapun 30% kanak-kanak yang terbabit akan mengalami serangan yang kedua dan kurang dari 10 peratus akan mengalami serangan yang ketiga atau lebih apabila demam itu berulang pada masa hadapan.

Sawan demam panas boleh dibahagi kepada dua iaitu sawan demam panas biasa dan sawan demam panas kompleks. Bagaimanapun, sawan demam panas biasa adalah yang paling kerap berlaku iaitu lebih kurang 70 peratus daripada semua kes sawan demam panas. Kanak-kanak yang mengalaminya akan diserang demam dengan mukanya kelihatan kemerahan dengan matanya melihat ke atas atau terbalik.

"Mereka kelihatan lali dan tidak sedarkan diri. Keseluruhan badan akan kejang dan kemudian bergoncang terutama pada bahagian kaki dan tangan. Biasanya ia berlaku untuk untuk beberapa saat saja dan jarang sekali melebihi tempoh lima minit,"



Selepas serangan itu, kanak-kanak itu tertidur dan akan kembali pulih sejam selepas itu diikuti suhu badan yang mulai menurun. Ia juga tidak akan berulang dalam masa 24 jam.

"Sawan demam panas kompleks pula mempunyai gejala yang sama seperti sawan demam panas biasa tetapi mempunyai satu atau lebih ciri tambahan seperti jangkamasa sawan lebih dari 15 minit, berulang lebih dari sekali dalam masa 24 jam, pesakit tidak pulih semula selepas satu jam dan sawan yang berlaku hanya membabitkan sebahagian anggota badan saja," katanya.

Dr Rizal berkata rawatan sawan demam panas cuma memerlukan rawatan sokongan bagi memastikan demam terkawal.

"Selalunya ubat demam seperti 'paracetamol' dan 'ibuprofen' perlu diberi secara berkala. Jika suhu badan terlalu tinggi, membasahkan kepala (berjelum) boleh dilakukan bagi menurunkan suhu badan," katanya.

Biasanya antibiotik hanya diberikan jika demam yang berlaku disyaki berpunca daripada jangkitan bakteria. Bagi kesan jangka panjang, sawan demam panas ini tidak membahayakan dan majoriti pesakit pulih sepenuhnya. Kajian juga menunjukkan masalah ini tidak menyebabkan kerosakan pada otak dan tidak menjejaskan pencapaian akademiknya.

Kejadian sawan demam panas ini biasanya akan hilang apabila kanak-kanak mencapai umur enam tahun. Siasatan lanjut dan penilaian oleh pakar neurologi perlu dibuat jika ia masih terus berlaku walaupun kanak-kanak itu sudah berusia lebih enam tahun.

INFO: Pencegahan Sawan Panas

* Jika anak demam, usaha turunkan suhu badan dengan segera dengan memberi ubat demam selain berjelum.



* Ubat demam boleh diberi secara berkala mengikut dos ditetapkan doktor.
* Pastikan juga anak anda meminum air yang cukup dan elak memakai pakaian tebal.
* Suhu badan hendaklah sentiasa diperhatikan untuk mengelak peningkatan yang mendadak.

Kacang Hijau



SIAPA sangka kacang hijau atau nama saintifiknya phaseolus radiatus L yang selama ini digunakan sebagai bahan masakan menjadi bahan utama membantu mendapatkan kulit yang lebih mulus, lembut dan berseri.

Antara kandungan bahan yang ada pada kacang hijau ialah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, vitamin dan vitamin B2.

Selain mencantik dan memulihkan kulit wajah daripada masalah kelesuan, kacang hijau turut digunakan dari segi membantu membuang angin serta melancarkan proses pelawasan badan.

Tanaman kacang hijau banyak diusahakan di sawah dan ladang yang bertanah lembap serta perlu mendapatkan sinar matahari secukupnya.

Tumbuhan perdu berbatang basah dan tingginya boleh mencapai tiga meter ini adalah tanaman pendek bercabang tegak.

Walaupun tidak ramai menggunakan kacang hijau sebagai bahan kecantikan, ia tidak menggentarkan semangat pengusaha pusat kecantikan Aura Wellness Spa, Sivananthan dan isterinya, Mithila Sathasivam untuk mengetengahkan produk berkenaan.

Proses rawatan menerusi spa muka Aura selama 45 minit itu menyediakan urutan wajah menggunakan minyak aroma selama 15 minit bagi menghilangkan ketegangan muka selepas seharian bekerja.

Seluruh wajah diurut menggunakan teknik tertentu bagi menghilangkan tekanan serta memberikan kesan kelegaan maksimum kepada pelanggan.

Kemudian proses sental wajah menggunakan kacang hijau mula dilakukan. Kacang hijau berkenaan dilumur ke seluruh wajah terlebih dulu dan dibiarkan selama 20 minit sebelum dibersihkan.

Wajah pelanggan juga akan diletakkan pupur pulut hitam selama 20 minit. Lapisan berkenan perlu disapu dengan jumlah yang banyak untuk mendapatkan kesan diingini.

Ketika ini pelanggan akan berasa kulit wajah mereka seolah-olah digigit semut kecil, bagaimanapun ia tidak memudaratkan dan berlanjutan hingga pupur berkenaan kering sepenuhnya.

Spa muka berkenaan lain daripada yang lain menerusi bahan yang digunakan manakala harga ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM48.

Semua produk yang digunakan dalam setiap rawatan disediakan spa berkenaan menggunakan bahan semula jadi daripada jenama Tanamera yang tidak memberikan sebarang kesan memudaratkan kepada pelanggan.

Mithila berkata, selain rawatan wajah menggunakan kacang hijau, pusat kecantikan itu turut menyediakan rawatan urutan untuk ibu lepas bersalin secara tradisional yang diubah mengikut keperluan pengguna masa kini.

Malah tukang urut disediakan juga memiliki kepakaran yang diiktiraf kerana sudah menghadiri kursus diperlukan bagi memperoleh sijil melakukan rawatan berkenaan.

Menurutnya, walaupun digabungkan dengan cara moden untuk melakukan rawatan urutan lepas bersalin, ia tidak sedikit pun mengubah perkara asas yang perlu dilakukan terhadap ibu lepas bersalin.

"Kami masih mengikut cara lama walaupun kaedah digunakan berlainan kerana pantang larang lepas bersalin masih sama dan ia wajar diikuti untuk kebaikan wanita berkenaan.

"Jangan memandang remeh perkara ini kerana ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan diri pada masa depan," katanya ketika ditemui di pusat kecantikan berkenaan di No 11-1, Jalan Remia 4, Bandar Botanic, Klang, Selangor baru-baru ini.

Antara pakej rawatan lain disediakan ialah spa Aura Tradisional Boreh berharga RM98 selama satu jam 30 minit serta spa pengantin Aura yang boleh dicuba pasangan bakal raja sehari bernilai RM198 untuk tiga jam rawatan.

Selain itu, spa terbabit turut memberikan potongan harga sehingga 50 peratus kepada pelanggan yang membuat rawatan pada setiap Ahad.




Info:

# Kacang hijau antara makanan berkhasiat tinggi. Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak dalam kacang hijau dapat membantu usaha mereka.

# Kacang hijau mempunyai kandungan lemak yang rendah. Kadar lemak rendah itu menyebabkan bahan makanan atau minuman yang dibuat daripada kacang hijau tidak mudah tengik. Selain itu, kacang hijau tidak mengandungi lemak tepu yang dipercayai baik untuk kesihatan jantung.

# Zat gizi kacang hijau membantu menangani beberapa masalah termasuk anemia (kurang sel darah merah), mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.

# Protein dan zat besi yang tinggi dalam kacang hijau membantu tumbesaran seseorang terutama kanak-kanak.

# Dalam kes diabetes, kacang hijau membantu meningkatkan penggunaan glukos dalam badan. Menurut kajian makmal di Mysore, India, pesakit kencing manis kronik yang memerlukan insulin 40 unit sehari, menunjukkan penurunan ke atas keperluan insulin menjadi 20 unit sehari apabila diberi diet mengandungi ekstrak kacang hijau.

Kajian menunjukkan perubahan ketara ke atas kandungan glukos darah, toleransi glukos dan keadaan umum pesakit. Kacang hijau juga berkhasiat untuk membantu melegakan kembung perut dan kencing tertahan.

# Kacang hijau juga dikenali sebagai makanan penyahtoksik bersifat sejuk dan penawar toksik yang berkesan sejak dulu.

Ia membantu untuk menawarkan logam berat, ubat pertanian dan pelbagai racun dalam makanan. Ia dapat mempercepatkan penguraian bahan bertoksik dalam badan untuk dibuang keluar.

# Petua orang tua bagi menghilangkan urat timbul di kaki turut menggunakan kacang hijau. Hanya ambil segenggam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.

# Makan pada waktu pagi dan malam. Selain itu, setiap kali hendak tidur, angkat kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding selama 10 minit. Selepas itu barulah tidur.

Cinta Antara Dua Dunia


Kisah ini dipetik daripada novel yang asalnya ditulis oleh Maulana Mophammad Saeed di dalam bahasa Urdu. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahmn Ali Al-Hashimi dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain. Pada kulit buku tersebut ada ditulis ''A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY'' yang pada hakikatnya ia lebih merupakan sebuah buku ilmu pengetahuan mengenai perbandingan kedua agama tertua itu. Berikut merupakan beberapa petiikan menarik daripada novel tersebut.



Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalan anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga. Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , "…padahal paderi-paderi Kristian itu….." Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga.

Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.

Salah seorang pemuda itu berkata, " Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu , Maaz sahabatku?"

Terdengar ketawa kecil kawannya. " Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri…"

Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, " Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya"".

"Diamlah! " herdik Isabella, "Nanti mereka tahu kita ada di sini". Sahabat Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, "Bagaimana kalau kita minta pengakuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untukberhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk agama kita."…………..

Surat itu berbunyi : " Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang Kristian) tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis."
(hamba hina agama Kristian).

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu.….Kemudian suarat itu dibalas oleh Umar …

" Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelesan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelesan yang memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh perbahasan …"

(Hamba hina agama Islam)
(Umar Lahmi)

………….

Diringkaskan cerita, cadangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tempat perbahsan telah ditetepkan di Gereja Cordova pada pagi Ahad. Bersambung .....PERTEMUAN PERTAMA.

Thursday, December 17, 2009

Misc. Download

Salam.

Berikut adalah beberapa gadget site yang munkin berguna untuk sesiapa saja yang ingin membina website. Semoga ia bermenafaat.

Jam
Counter
User
Add this.

Yell box
Kod Warna
Feed back
Cover

BAHSA BADAN

Bahasa Badan? ( Body Language )

Ia merupakan suatu bentuk ekspresi seseorang yang terpamer bukan daripada mulut tetapi ia adalah suatu bentuk komunikasi bukan suara. Dengan lebih tepat, ia adalah kenyataan perilaku badan seseorang secara gesture bagi menterjemahkan suatu makna yang tersendiri dan banyak melibatkan pergerakan mata dan tangan.

Kajian mengatakan ( Albert Mehrabian ), sering bila berlaku komunikasi, 60% - 70% yang terpamer adalah hasil daripada bahasa badan dan ia amat mempengaruhi kehidupan manusia dan merangkumi semua peringkat lapisan.

Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau boleh mengisyaratkan sesuatu makna atau petunjuk kepada lawannya. Bahasa badan boleh menterjermahkan sikap seseorang sewaktu berkomuniskasi samada seseorang itu dalam mood yang bagus, agresif, memerlukan perhatian dari seseorang, relaks, bersedia, kebosanan, memahami arahan dan sebagainya.

Berikut ialah antara beberapa TIP yang amat berguna ( sebagai ilmu ) kepada kita untuk memahami mereka terutama kepada mereka yang sememangnya berkhidmat dengan orang ramai. Kenali dengan lebih mendalam pelanggan, pelajar, murid, pekerja atau staf anda dengan ilmu ini. Ia bukan setakat itu sahaja! Bahasa badan juga boleh membantu diri kita sendiri untuk MEMPENGARUHI orang lain supaya MEMPERCAYAI kita! Menguasai dan memilik kemahiran Bahasa badan dapat membantu seseorang melakukan perubahan besar dalam aktiviti seharian terutama ketika seseorang itu mahukan PERHATIAN YANG LEBIH DARI SESEORANG! Awek mungkin! Nak mohon cuti mungkin! Dalam sesi interview mungkin!

Sebenarnya TIADA NASIHAT & CARA KHUSUS bagaimana nak mengaplikasikan Bahasa Badan ini. Ia bergantung kepada cara BAGAIMANA ia harus berlaku. Ia bergantung kepada SUASANA dan SITUASI atau SIKON dan dengan SIAPA YANG SEDANG KITA HADAPI waktu itu.Dengan bos kita mungkin berbeza. Dengan awek mungkin berbeza. ( SIKON = situasi + kondisi )

AWAS! Perhatikan bagaimana cara kita duduk, berdiri, bagaimana kawalan pergerakan tangan, kaki, mata, bahu, jejari, mulut dan memek muka kita semasa berhadapan dengan seseorang! Ia mungkin kelihatan bodoh! Anda boleh berlatih di hadapan cermin dulu kalau anda mahu sebelum mempraktikkannya di luar sana! Syarat utamanya ialah : LAKUKAN DENGAN YAKIN DAN RELAK!

INGAT! Berbahasa Badan ini boleh menjadikan seseorang itu seorang PELAKUN tak popular dan kita mungkin menjadi seorang yang suka BERPURA-PURA! Tetapi apa salahnya, kalau kita senyum, senyuman itu untuk mengembirakan kita dan semua orang. Kalau kita berdiri tegak, biarlah ianya bertenaga dan terkawal. Apa salahnya kalau kita mampu melambatkan sedikit pergerakan kita yang boleh menyebabkan orang lain dan diri kita sendiri boleh menjadi tenang? Apa salahnya? Antaranya:

1. JANGAN BERPELUK TUBUH atau MENYILANG KAKI KETIKA BERCAKAP: Perlakuan ini boleh menyebabkan kita dianggap sebagai seorang yang sombong, keras hati, tak boleh diajak berunding, defensive atau berfikiran tertutup.

2. BERTENTANGAN MATA tetapi JANGAN MERENUNG:
Ketika berkomuniskasi, biar mata bertemu mata dan bermuka manis kerana mata adalah alat komuniskasi yang sangat penting. Mereka yang bertentangan mata ketika bercakap akan mewujudkan ‘satu perhubungan dan rasa yang tenang’ dengan situasi waktu itu . Pelanggan akan dapat merasai bahawa dirinya dihargai dan sedang mendapat perhatian ketika itu. Dan mereka juga mahu mengekspresikan bahawa mereka sendang mendengar dan sedang memberi fokus terhadap topik yang diperbincangkan ketika itu.

3. GUNAKAN RUANG SEBIJAK YANG MUNGKIN:
Seperti duduk atau berdiri dengan kaki yang sedikit terbuka melambangkan anda seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempamerkan bahawa anda sedang berada dalam zon selesa ketika itu.

4. RELAKSKAN BAHU ANDA:
Jika anda terasa tension, ia disalurkan ke bahu anda. Jadi, redakannya dengan menggerak-gerakkannya sedikit bahu itu dan selepas itu kembali kepada posisi asalnya.

5. MENGANGGUK SEKALI SEKALA:
Perlakuan ini jelas membayangkan bahawa kita memahami situasai, sedang bersama dengannya atau menjelaskan kepada mereka bahawa kita sedang mendengar tetapi INGAT! Jangan mengangguk seperti Burung Belatuk!

6. JANGAN MENGELONSORKAN BADAN KETIKA DUDUK:
Nampak sangat malasnya tu. Kurang bersedia. Sambil lewa. Tidak serius. Menganggap lawan di depan itu lekeh! Nahas kita!

7. BERSANDARLAH TAPI JANGAN BANYAK SANGAT:
Kalau kita sedang duduk dan hendak mempemerkan bahawa kita amat berminat dengan percakapan seseorang, kita boleh bersandar sedikit. Jangan banyak sangat sebab orang akan mengatakan kita waktu itu hanya berpura-pura dengar, terdesak untuk segera mendengar dia habis bercakap dan anda kelihatan ‘jauh’ dari sudut pandangan orang yang sedang bercakap.

8. BERMANIS MUKA, SENYUM DAN KETAWALAH:
Jangan terlalu serius. Relak sedikit. Senyum dan ketawalah bila mereka menyentuh perkara-perkala lucu tetapi jangan mengada-ngada. Positif! AWAS! Jangan jadi orang yang pertama ketawa ketikamana anda sendiri yang mengeluarkan cerita lucu! Kenapa? Sebab ia akan melambangkan anda seorang yang gabra, tidak bersedia, ketakutan dan gugup. Senyumlah ( bukan sengih ) ketika kita diperkenalkan dengan seseorang.

9.JANGAN MENGUSAP MUKA:
Perlakuan ini boleh mempamerkan dalaman kita yang sedang gugup, serbasalah dan ketakutan dan ia akan mengganggu perjalanan perbualan.

10. JANGAN MENUNDUKKAN KEPALA:
Jangan memandang lantai. Perlakuan ini akan mempamerkan bahawa kita adalah seorang tidak selamat, rendah dan tiada keyakinan diri, penakut dan amat tidak berminat, bosan dan ambil mudah.

11. PERLAHAN DAN TERATUR:
Ini boleh berlaku kepada banyak hal. Berjalan misalnya, biar teratur. Ini akan mempamerkan anda seorang yang bijak, yakin diri, tenang, tiada stress dan yakinlan selepas itu ada banyak mata yang sedang memandang kea rah anda. Tetapi jangan perasan

12. JANGAN KAKU:
Elakkan!, Anda akan kelihatan risau dan kurang keyakinan diri. Bergerak-geraklah. Selesakan diri anda. Kalau tidak anda mungkin akan menjentik-jentik jari sendiri dengan tidak anda sedari!. Fokus. Kontrol handsome anda!

13. GERAKKAN TANGAN ANDA DENGAN YAKIN:
Gunakan pergerakan tangan anda dengan yakin untuk menjelas sesuatu. Tetapi jangan terlalu kerap.Kawal pergerakan tangan anda dengan bijak.

14. RENDAHKAN CARA MEMEGANG MINUMAN:
Jangan pegang bekas minuman dekat dengan dada.( mat sallehlah ni! ) kalau tidak anda mungkin dianggap kolot dan tertinggal

15. TEGAKKAN TULANG BELIKAT :
Banyak orang ( termasuk diri aku sendiri ) lupa akan perkara ini. Cepat sangat nak mencari dinding nak bersandar bila lama bercakap.

16. JANGAN BERDIRI TERLALU DEKAT:
Beri ruang kepada orang yang bercakap. Biar dia rasa selesa.

17.KEKALKAN BERSIKAP BAIK:
Sentiasa bersikap positif, tenang dan terbuka kepada semua orang.


Waallahu aalam.

Wednesday, December 16, 2009

Drinking cups of tea and coffee 'can prevent diabetes'

Tea and coffee drinkers have a lower risk of developing type 2 diabetes, a large body of evidence shows.

And the protection may not be down to caffeine since decaf coffee has the greatest effect, say researchers in Archives of Internal Medicine.

They looked at 18 separate studies involving nearly 500,000 people.

This analysis revealed that people who drink three or four cups of coffee or tea a day cut their risk by a fifth or more, say researchers.

The same amount of decaffeinated coffee had an even bigger effect, lowering risk by a third.

Type 2 diabetes usually starts after the age of 40 and develops when the body can still make some insulin, but not enough, or when the insulin that is produced does not work properly. Type 2 diabetes is treated with a healthy diet and increased physical activity. In addition to this, medication and/or insulin is often required.

The identification of the active components of these beverages would open up new therapeutic pathways for the primary prevention of diabetes mellitus
The study authors

If the findings prove true, doctors may well start advising people to put the kettle on as well as take more exercise and watch their weight, say the researchers.

When the authors combined and analysed the data, they found that each additional cup of coffee consumed in a day cut diabetes risk by 7%.

Lead researcher Dr Rachel Huxley, from the University of Sydney in Australia, said because of the finding with decaffeinated coffee, the link is unlikely to be solely related to caffeine.

Instead, other compounds in coffee and tea - including magnesium and antioxidants known as lignans or chlorogenic acids - may be involved.

Special brew

"The identification of the active components of these beverages would open up new therapeutic pathways for the primary prevention of diabetes mellitus.

"If such beneficial effects were observed in interventional trials to be real, the implications for the millions of individuals who have diabetes mellitus, or who are at future risk of developing it, would be substantial."

Dr Victoria King, of Diabetes UK, said: "Without full information about what other factors may be influencing the type 2 diabetes risk of the studies' participants - such as their physical activity levels and diet - as well as what the active ingredient in tea or coffee appears to be, we cannot be sure what, if anything, this observed effect is down to.

"What we can be sure of is that the development of type 2 diabetes is strongly linked to lifestyle, which means that many cases could be prevented by keeping active and eating a healthy balanced diet that is low in fat, salt and sugar with plenty of fruit and vegetables."


Source from somewhere.

Thursday, December 3, 2009

SAYANG RASULULLAH S.A.W KEPADA HASSAN DAN HUSSIN

Sewaktu Sayyidina Hassan dan Hussin masih kecil, apabila Rasulullah SAW sembahyang, baginda meletakkan mereka di sampingnya. Kedua-dua cucunya ini memperhatikan gerak-geri baginda dalam sembahyangnya. Bahkan, ketika baginda sujud, kedua-dua anak itu melompat ke belakang baginda. Maka ada seseorang yang melarang kanak-kanak itu, tapi baginda mengisyaratkan supaya dibiarkan saja kedua-dua cucunya bermain di belakangnya.

Jika Rasulullah SAW hendak mengerjakan sembahyang, maka baginda meletakkan Hassan dan Hussin. Kemudian baginda bersabda:

“Sesiapa yang kasih kepadaku hendaklah ia kasih kepada yang dua ini (Hassan dan Hussin).

Pada suatu hari, Rasulullah SAW keluar bertemu dengan kaum muslimin, sedang bersamanya ada Hasan dan Husain. Seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri. Baginda mencium Hasan, kemudian mencium Husain pula.

Ketika Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain, tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada mereka berdua?” Baginda terus menjawab, “Sudah tentu. Sesiapa yang mengasihi kedua cucuku ini maka bererti telah mengasihi aku, dan sesiapa yang memarahinya bererti ia memarahi aku.”

Umar bin Khattab pernah menyaksikan Rasulullah SAW sedang mengendong Hassan dan Hussin, seorang di bahu kanan dan yang seorang lagi di bahu kiri baginda. Maka Umar berkata kepada Hasan dan Husain, “Kuda yang paling baik ialah di bawah kamu (Rasulullah) .” Rasulullah melirik kepada cucunya lalu berkata, “Dan penunggang kuda yang paling mahir adalah kamu berdua.”

Di dalam rumahnya sendiri, Rasulullah SAW membawa Hassan dan Hussin di atas belakangnya, kemudian baginda berjalan dengan tangan dan kaki sambil berkata: “Unta yang paling baik ialah unta kamu, dan sebaik-baik pasangan ialah kamu berdua.”

Pada suatu hari, Rasulullah SAW diundang makan ke rumah seorang sahabat. Ketika baginda dan para sahabat berjalan menuju rumah orang yang mengundang makan itu, baginda melihat Hussin sedang bermain-main dengan kanak-kanak di tengah jalan. Baginda ingin bergurau dengan Hussin, maka baginda berjalan lebih laju sehingga baginda agak ke depan berbanding rombongannya. Apabila tiba dekat Hussin, baginda membuka kedua-dua tangannya sambil mengisyaratkan supaya Hussin melompat kepadanya. Lalu Hussin melompat ke arah baginda dan beliau tertawa sambil mendakap serta mencium Hussin sambil bersabda:

“Hussin sebagian dari diriku, dan aku sebagian darinya. Allah mengasihi orang yang mengasihi Hussin.”

Pernah berlaku, ketika para sahabat duduk di sekeliling Rasulullah SAW ketika matahari hampir tenggelam, maka datang orang memberitahu baginda bahwa Hassan dan Hussin telah hilang entah ke mana.

Mendengar yang demikian membuat Rasulullah takut lalu berkata kepada para Sahabat, “Bangkitlah kamu, pergi cari anakku!”

Kemudian baginda mengajak salah seorang di antara Sahabat ikut bersamanya. Rasulullah SAW menyeru semua Sahabat supaya sama-sama mencari Hasan dan Husain sebelum malam tiba, tapi tidak juga ditemui. Tiba di suatu tempat, melihat Hassan dan Hussin berpelukan dan amat ketakutan karena di hadapan mereka ada seekor ular besar yang dari mulutnya keluar api.

Dengan pantas, Rasulullah SAW mengambil perhatian ular itu supaya beralih kepadanya. Tidak lama kemudian ular itu pergi ke celah-celah batu. Baginda terus mengambil Hassan dan Hussin, memisahkan keduanya, lalu menyapu wajah keduanya. Sambil memeluk keduanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Demi ayah dan ibuku, kamu berdua teramat mulia di sisi Allah.”

Sesudah itu barulah nafas Hassan dan Hussin kembali seperti biasa. Kemudian baginda pun mengangkat keduanya, seorang ke bahu kanan dan seorang lagi ke bahu kirinya.

Pernah berlaku, Rasulullah sudah berdiri di atas mimbar, lalu baginda berkhutbah kepada umat Islam. Maka datanglah Hussin ke dalam masjid sedangkan di lehernya ada perca kain yang ditarik dan dihulur-hulurkannya .

Hussin pun berjalan di celah-celah jemaah Jumaat yang sedang duduk mendengar khutbah dari Rasulullah. Perca kain itu dihulur dan ditarik-tariknya. Tiba-tiba kaki Hussin tersandung lalu jatuh dengan mukanya ke tanah.

Melihat itu, Rasulullah SAW meluru ke arah Hussin. Apabila orang lain melihat baginda datang, maka mereka cepat mengambil Husain dan memberikannya kepada baginda. Hussin diciumi Rasulullah sambil mengucapkan:

“Semoga Allah membunuh syaitan, dan sesungguhnya anak adalah fitnah.”

Ketika itulah baginda memandang kepada sidang jemaah sambil meminta maaf. Baginda berkata, “Demi Allah, aku tidak sedar telah turun dari mimbar hinggalah aku mendatanginya (Husain).”

Pernah Rasulullah SAW masuk ke rumah puterinya Fatimah bertujuan untuk berziarah dan memberi ketenangan jiwa kepadanya, lalu baginda bertanya tentang keadaan dirinya dan rumah tangganya. Baginda juga bertanya tentang suami dan anak-anaknya.

Rasulullah berkata kepada Fatimah, “Suruhlah suami dan anak-anakmu datang ke mari.” Lalu Fatimah memanggil mereka semua, maka mereka pun datang sambil memberi salam kepada Rasulullah dan menyambut kedatangan baginda dengan gembira. Dalam kesempatan itu Rasulullah bergurau senda dan beramah mesra dengan mereka.

Setelah suasana telah tenang maka baginda menyuruh mereka duduk di hadapannya lalu baginda berdoa untuk mereka:

“Ya Allah, mereka ini adalah keluarga Muhammad. Berikan rahmat dan keberkatan-Mu kepada mereka sebagaimana telah Engkau berikan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mulia. Ya Allah, inilah keluargaku, hilangkanlah dari mereka kekotoran dan bersihkan mereka dengan kesucian. Ya Allah, redhailah mereka sebagaimana aku redha kepada mereka.”

“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias seperti dandanan perempuan jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat, dan ikutlah Allah dan Rasul-Nya. Allah hanya mengkehendaki, supaya Dia menghilangkan kekotoran (dosa) daripadamu, hai ahlul bait dan supaya Dia membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya.” QS Al Ahzab: 33



Kasih dan sayangnya Rasullulah kepada cucunya
“Kepada Hassan, aku wariskan sifat kepemurahanku tetapi kepada Hussin aku wariskan sifat keberanianku.”

“Hassan dan Hussin adalah dua kebangganku di dunia ini.”

“Bahwa Hassan dan Hussin termasuk nama-nama yang terdapat dalam Syurga dan kedua nama tersebut tidak terdapat pada zaman jahiliah.”

Sayyidina Hassan dan Hussin biasanya dipanggil sebagai putera-putera Rasulullah SAW walaupun mereka sebenarnya adalah cucu-cucu baginda. Rasulullah SAW sangat inginkan anak lelaki karena kesemua anak-anak lelaki baginda meninggal sewaktu mereka masih kecil. Maka apabila mendapat dua orang cucu lelaki ini, Rasulullah memanggil mereka, “Anak-anakku” manakala mereka memanggil Rasulullah, ayah. Terhadap Sayyidina Ali, ayah mereka, Sayyidina Hassan memanggilnya, “Abu Hussin” dan Sayyidina Hussin memanggilnya, “Abu Hassan”.

Sabda Rasulullah SAW:

“Semua anak Adam bernasabkan ayah mereka kecuali anak-anak Fatimah. Akulah ayah mereka dan akulah yang menurunkan mereka.”

SAIDINA HUSSIN

Saidina Hussin dilahirkan di Kota Madinah pada 5 Sya’ban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Saidina Hussin dan abangnya Sayyidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Saidina Hussin turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussin” itu yang bermaksud, “Si kecil cantik”.

Sewaktu menyambut kelahiran cucu lelakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahwa akhir hidup Saidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.

Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW sangat sayang sekali dengan Saidina Hussin. Pada suatu hari, ketika masih kecil, Saidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Saidina Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti itu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Rasulullah SAW segera menegur Hassan. Siti Fatimah merasa kurang senang melihat sikap Rasulullah SAW menegur seorang saja dari kedua cucunya itu. Maka Siti Fatimah berkata:

“Wahai ayah, kenapa menegur Hassan saja?”

“Kerana Jibril sudah menegur Hussin,” jawab baginda.

Tatkala kecilnya Saidina Hussin selalu berada di sisi datukya, sewaktu baginda sedang mengajar para Sahabat. Maka dia mendapat pelbagai ilmu dan contoh teladan dari datuknya itu secara langsung. Sebagaimana abangnya, Saidina Hussin juga seorang yang cerdik. Dia telah dapat menghafal hadith-hadith Rasulullah semenjak kecil.

Saidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang agung di kalangan umat Islam. Semenjak kecil, beliau menunjukkan contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan datuknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani sebagaimana ayahnya juga. Setelah kewafatan Rasulullah, yakni waktu Saidina Umar Al Khattab menjadi Khalifah, ketika beliau sedang memberi khutbah di mimbar, Saidina Hussin yang masih kanak-kanak telah berkata kepada Saidina Umar dengan beraninya,

“Turun engkau dari mimbar ayahku (Rasulullah SAW) dan pergilah berkhutbah di atas mimbar ayahmu.”

Saidina Umar yang suka merendah diri menjawab dengan lembut kepada cucu kesayangan Rasulullah itu,

“Ayahku tidak mempunyai mimbar seperti ayahmu.”

Saidina Umar turun dari mimbar dan mengangkat Sayyidina Hussin untuk duduk di sebelahnya sebelum menyambung khutbahnya. Demikian beraninya Sayyidina Hussin waktu kecilnya.

Pembunuhan Sayyidina Hussin di Karbala
Dalam hal keberanian, Saidina Hussin melebihi Saidina Hassan, abangnya. Demikianlah yang telah diwariskan dari Rasulullah SAW untuknya. Beliau banyak menyertai peperangan bersama umat Islam.

Sewaktu kewafatan Khalifah Saidina Ali, Sayyidina Hassan telah dilantik sebagai khalifah. Demi menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya Saidina Hassan menyerahkan jawatan itu kepada Sayyidina Muawiyah. Saidina Hussin tidak setuju dengan tindakan abangnya itu. Namun karena menghormati abangnya, maka Saidina Hussin mengalah.

Sebelum Muawiyah meninggal, beliau telah berwasiat agar anaknya Yazid menggantikan tempatnya setelah dia tiada. Waktu itu Yazid memaksa semua para Sahabat membuat pengakuan taat setia kepadanya. Ketika itu Saidina Hussin telah berangkat meninggalkan Kufah, menuju ke Madinah. Sebenarnya ramai yang tidak setuju dengan perlantikan Yazid itu. Penyokong-penyokong Saidina Hussin mengutus surat kepadanya agar dia kembali ke Kufah untuk dilantik sebagai Khalifah. Penduduk Kufah enggan menerima Yazid sebagai khalifah.

Sebelum kembali ke Kufah, Saidina Hussin telah mengantar utusannya untuk menyelidiki apakah benar isi kandungan surat itu. Setelah ternyata ia benar maka Saidina Hussin bersiap-siap untuk membawa kaum keluarganya kembali ke Kufah. Saidina Hussin yang sangat baik, tidak sedikit pun menaruh prasangka bahwa suatu yang buruk akan menimpa dirinya dan ahlul bait yang lain.

Para Sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu menasehati Saidina Hussin agar jangan kembali ke Kufah karena keadaan ketika itu sangat bahaya. Kerabatnya yang terdekat iaitu Abdullah bin Abbas telah bersungguh-sungguh mencoba menghalangi Saidina Hussin namun Saidina Hussin tetap dengan pendiriannya. Kemudian Abdullah menasehainya pula agar jangan membawa ahli-ahli keluarga karena bimbang jika apa yang menimpa Khalifah Uthman bin Affan juga akan menimpa Saidina Hussin. Sewaktu Khalifah Uthman dibunuh oleh pemberontak, peristiwa itu disaksikan oleh ahli keluarganya sendiri. Abdullah bimbang jika keluarga dan keturunan Rasulullah SAW akan dibunuh semuanya.

Saidina Hussin tetap mau membawa keluarganya bersama. Maka akhirnya rombongan Saidina Hussin yang terdiri dari 72 orang pun berangkat ke Kufah. Kebanyakan anggota rombongan adalah wanita dan kanak-kanak termasuk anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin yang sedang meningkat remaja.

Ada pihak memberitahu Yazid bahwa Saidina Hussin hendak merampas kuasa. Maka Yazid telah menghantar tentaranya untuk menghalangi Saidina Hussin dari dibaiat oleh penduduk Kufah. Ada riwayat yang menyatakan bahwa Yazid cuma mengarahkan tenteranya untuk mengintrogasi, bukan untuk membunuh Saidina Hussin dan keluarganya. Namun, apa yang berlaku seterusnya sungguh sangat menyayat hati.

Rombongan Saidina Hussin yang seramai 72 orang itu terpaksa berhadapan dengan tentara Yazid sebanyak 4000 orang. Terjadilah peristiwa berdarah di Karbala. Pembunuhan kejam terhadap kaum keluarga Rasulullah SAW di Karbala itu berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Pertempuran itu telah menyebabkan hampir seluruh anggota rombongan Saidina Hussin dibunuh.

Pertempuran itu berlaku dari waktu subuh hingga ke waktu Asar. Sungguhpun rombongan Saidina Hussin, kecil jumlahnya namun mereka bermati-matian mempertahankan diri. Dalam perang itu, Saidina Hussin menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun dalam keadaan sulit dan bahaya, beliau sempat mengerjakan solat Zuhur dan Asar.

Apabila hampir senja, tinggal beberapa orang saja dari kalangan keluarga Saidina Hussin sedangkan pihak musuh telah kehilangan hampir 1000 orang tentaranya. Pertempuran yang berlangsung begitu lama menunjukkan betapa hebatnya Saidina Hussin dan anak-anak buahnya menentang musuh. Akhirnya Saidina Hussin menemui ajalnya apabila sebatang anak panah tiba-tiba mengenai tubuhnya, tepat di bahagian jantungnya. Dalam keadaan berlumuran darah dan amat letih setelah sehari suntuk berperang, Saidina Hussin menghembuskan nafasnya yang terakhir di Padang Karbala itu.

Kata-kata terakhir yang diucapkannya,

“Oh Tuhan, mereka telah membunuh putera Nabi Mu sedangkan di dunia ini tiada lagi putera Nabi selain aku.”

Dalam perang itu mereka yang selamat adalah wanita dan kanak-kanak termasuklah adik Saidina Hussin, iaitu Zainab Al Kubra dan anak Saidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidin lah yang menjadi penyambung keturunan Rasulullah. Dia juga nyaris dibunuh tetapi Tuhan mengkehendaki agar bersambungnya keturunan Rasulullah, maka dia selamat.

Kepala Saidina Hussin telah dipotong dan dihantar kepada Yazid. Menurut sejarah, Yazid menangis apabila melihat kepala cucu Rasulullah itu. Beliau mengarahkan agar kepala itu dihantar ke Madinah berserta keluarga dan anaknya, dengan upacara kehormatan dan kemuliaan. Tubuh Husain dikuburkan di Karbala, sedangkan kepalanya ditanam di Madinah, bersebelahan dengan makam ayah dan ibunya.

Demikianlah perginya cucu kesayangan Rasulullah SAW itu. Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Saidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.

Virus Sohanad

Virus yang diklasifikasikan sebagai Wurm ini merebak melalui Yahoo! Messenger. Mungkin dah ada di kalangan anda yg dah terkena penangan wurm ni. Bahayanya wurm ni, mesej yang mengandungi virus/wurm tu akan datang dari buddy/members list kita sendiri..padahal mesej tu dihantar sendiri secara automatik oleh wurm berkenaan..Ini contoh mesej yang dihantar :

Do you realize who is in this image:
http://{BLOCKED}coolpics.net/who.jpg .
Just think for a moment and tell me soon
who is beside you in this pic
http://{BLOCK}thecoolpics.net/friendpic1.jpg so good-looking
the page cannot be displayed
http://{BLOCKED}coolpics.net/error.jpg
Something was wrong !!! Check it again and tell me later.
THanks Images shot in Iraq _ The war will never end
http://{BLOCKED}coolpics.net/Iraqwar.jpg
Miss World 2006: http:// {BLOCKED}coolpics.net/ MissWorld.jpg

Jadi kalau dapat mesej camtu, jangan p klik pulak! Antara payload atau kesan wurm ni ialah dia akan ‘disable’kan task manager dan registry editor..selain tu, dia akan hantar mesej yg sama kepada members/buddy anda..huhu..

Di bawah ialah penerangan untuk buang wurm + ‘enable’kan balik task manager dan registry editor..(minta maaf, dalam bahasa inggeris, tak sempat nak translate)

—————————————————————————————————-

Sohanad.AE is a worm that enters as a downloaded file through Yahoo Messenger, infects windows. Upon execution it disables the Windows Task Manager and Registry Editor and copies itself as SVCHOST32.EXE and SVHOST.EXE in the Windows folder which is different than the windows system file SVCHOST.EXE

The worm modifies registry and loads itself during each startup.

HKEY_LOCAL_MACHINE\ SOFTWARE\ Microsoft\ Windows\ CurrentVersion\ Run

It also creates the following registry keys to modify the settings of Yahoo Messenger

HKEY_CURRENT_USER\ Software\ Yahoo\ pager\ View\ YMSGR_buzz HKEY_CURRENT_USER\ Software\ Yahoo\ pager\ View\ YMSGR_Launchcast

It changes the Internet Explorer (IE) home page to coolpics.net

This worm spreads through Yahoo Messenger by sending an instant message to all the contacts of an active user. This message contains a link to a remote copy of itself. When the recipient clicks the link, a copy of this worm is downloaded and executed on the recipients’ system.

(Below are removal instructions. You may print this page for easy reference)

Enable Task Manager and Registry Editor

Open Notepad and copy and paste the following:

On Error Resume Next
Set shl = CreateObject(”WScript.Shell”)
Set fso = CreateObject(”scripting.FileSystemObject”)
shl.RegDelete “HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Policies\System\DisableRegistryTools”
shl.RegDelete “HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Policies\System\DisableTaskMgr”

Save this file with .VBS extension.
While saving enter the name in double quotes and select all files from the save as type in notepad.
For the ease of use, save the file on desktop.
for example “filename.vbs”
When the file is saved as a vbs file then the file icon changes as a VBScript script file.
Execute the file. Double click on the file name to execute.

Click Yes at the prompt of the message box.
Click Ok.

Disable system restore

disable System Restore in Windows ME and xp.

Click on start > all programs > Accessories > System Tools > System Restore
Click on System Restore settings.
Check the box to Turn off system restore on all drives.
press apply. press ok.

Delete svhost.exe and svchost32.exe

search and delete files named svhost.exe and svchost32.exe
Your windows system file is svchost.exe, do not delete it.
Observe the difference and the missing c.
The worm creates svhost.exe and svchost32.exe
whereas windows system file is svchost.exe

Remove Autostart Entries from Registry

(If the worm has not executed yet then the entries below will be absent.)

Open Registry Editor. start > run. Type regedit. Press ok.

In the left panel double click on the following entries

HKEY_LOCAL_MACHINE>SOFTWARE>Microsoft>
Windows>CurrentVersion>Run

In the right panel, locate and delete the following entries

Task Manager = “%Windows%\system\svchost32.exe”
Svchost = “%Windows%\system\svhost.exe”

(%Windows% is the Windows folder, C:\Windows or C:\WINNT

Be careful not to remove svchost.exe which is a windows system file)

Remove Keys and Entries

In the left panel double click on the following entries
HKEY_CURRENT_USER>Software>Yahoo>pager>View

in the left panel locate and delete the following keys:
YMSGR_buzz
YMSGR_Launchcast

In the left panel double click on the following entry

HKEY_CURRENT_USER>Software>Policies>Microsoft>
Internet Explorer>Control Panel

In the right panel locate and delete the entry
Homepage = “1″

In the left panel double click on the following entries
HKEY_CURRENT_USER>Software>Microsoft>
Windows>CurrentVersion>Policies>Explorer

In the right panel locate and delete the entry
NoRun = “1″

Close Registry Editor.

Reset IE Home Page and Search Page

Close all browser (IE) windows.
Click Start>Settings>Control Panel.
Double click on Internet Options.
In the Internet Properties window click the Programs tab.
Click the Reset Web Settings button.
Select “Also reset my home page”.
Click Yes.
Click OK.

La Tahzan

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji..

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia


Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas


Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri


Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa


Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan


Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira


Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah


Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya


Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

Virus Komputer

Kepada anda yang ingin mengetahui apakah virus yang paling merbahaya dan paling dahsyat sekali sejak 1986, anda boleh lihat di bawah dan berhati - hati dengan kewujudan virus - virus ini.:-)

Brain, 1986

Virus ini merupakan virus pertama yang ditemui pada tahun 1986. Tetapi virus ini tidak terlalu merosakkan komputer. Setelah munculnya virus ini,ia menjadi perangsang kepada pencipta malware dan 100000 pencipta virus bagi abad seterusnya.


Michelangelo, 1991

Virus ini merupakan virus MS-DOS yang paling teruk sekali kerana ianya menyerang apa saja yang masuk ke komputer anda seperti disket dan pendrive. Setelah menyebarkan virus selama berbulan - bulan secara senyap, virus ini diaktifkan dan merosakkan data-data yang tersimpan di dalam komputer anda.


Melissa, 1999

Virus melissa diambil nama bersempena nama seorang penari bogel. Virus ini akan disebarkan melalui emel dan dihantar kepada beribu-ribu orang. Pencipta virus ini telah dikenakan penjara selama 20 bulan.


ILOVEYOU, 2000

Virus ini merupakan virus pertama yang menggunakan tipu helah bagi menyuruh anda membuka sesuatu fail yang telah dijangkiti virus. Fail tersebut dibuat dalam skrip VBS kononnya merupakan surat cinta dan menyuruh anda membacanya.


Code Red, 2001

Virus ini menyerang melalui server web dan merosakkan laman web melalui serangan ke atas satu hos IP.


Nimda, 2001

Virus ini dibuat berdasarkan virus COde Red dan melancarkan serangan melalui laman web, emel dan sambungan internet seperti Yahoo messenger dan sebagainya.


Klez, 2001

Virus ini akan menghantar maklumat melalui emel dan mendakwa Bill Gates ingin memberi wang percuma kepada pembaca emel tersebut. Pembaca yang teruja akan klik dan virus tersebut secara automatiknya akan tersebar. Jadi, berhati-hati kepada anda yang inginkan wang percuma dari Bill Gates ataupun Microsoft.:-).


Slammer, 2003

Virus ini merupakan antara virus yang amat pantas sekali tersebar. Ini kerana ia boleh menjangkiti kira - kira 75000 buah komputer dalam masa 1 minit. Kesannya ialah ia akan melembabkan internet anda dan merosakkan laman web. Virus ini juga lebih kurang Code Red cara penyebarannya.


MyDoom, 2004

Virus ini merupakan yang paling cepat sekali dalam sejarah disebarkan melalui emel. Ia akan selalu menghantar emel ke komputer anda dalam dalam kuantiti yang banyak.


Storm, 2007

Virus ini disebarkan melalui emel spam dan telah menjangkiti lebih 10 juta buah komputer.

Lemang Terbakar

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA